Cuaca panas paling dahsyat dalam tempoh 30 tahun.<br /><br />Itu yang digambarkan ketua meteorologi Britain pada Isnin mengulas mengenai fenomena cuaca panas yang melanda United Kingdom ketika ini.<br /><br />Bercakap kepada pemberita Sky News, Paul Davies yang telah bersama dengan jabatan meteorologi lebih 3 dekad mengakui tidak pernah berdepan dengan situasi cuaca panas seperti hari ini.
